News & Updates
 

Sejarah Sekolah

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 di atas sebidang tanah seluas 25 ekar.  Ianya terdiri  daripada tiga blok, bangunan tiga tingkat, sebuah kantin dan bengkel. Pada peringkat awalnya sekolah ini  adalah cawangan daripada Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Kulai kira-kira empat kilometer dari sekolah ini.  Ketika ini pengetua sekolah ialah En. Chandrasegaran. Pada 1hb. Januari 1988, sekolah ini di tadbirkan sendiri.  Pengetua yang pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Musa B. Haron, mulai 1hb. Januari 1988 hingga 15hb. April  1992. Sekolah ini mula mengambil pelajar pada 3hb. Januari 1988 yang terdiri daripada 16 guru dan 365 murid  yang menduduki tingkatan peralihan dan satu di sidang pagi sahaja. Memandangkan kekurangan bilik darjah,  pada tahun 1990, sekolah ini memulakan sidang petang. Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran yang pertama  kalinya diadakan pada tahun 1990. Pelajar-pelajar yang lulus Sijil Rendah Pelajaran telah ditempatkan di  Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman Putra, Kulai. Mulai 1993, sekolah ini memulakan kelas Tingkatan  Empat Sains dan Sastera. Pada tahun 1993, sekolah ini mendapat sebuah bangunan tambahan tiga tingkat  yang  terdiri daripada 12 bilik darjah dan 3 makmal sains. 

Pengetua yang kedua sekolah ini ialah En. Suratman B. Dasim mulai 15hb. Julai 1992 hingga 15hb. Ogos  1993 dan Pengetua yang ketiga ialah En. Salamon B Sarip mulai 16 hb. Ogos 1993 hingga Januari 1998.  Pengetua yang keempat ialah Pn. Melina Wong Bt Abdullah. Beliau memulakan tugas mu1ai 1hb. Mac 1998  hingga 14 hb Februari 2001.  Pengetua kelima adalah En. Siow Yee Woo mulai 1 hb April 2001 hingga 30 hb  November 2001. Bermula dari 1 hb. Disember 2001 hingga  Jun 2002, tugas Pengetua dipangku oleh En. Ahmad  Fauzi Mohd Sumali, Penolong Kanan sekolah sebelum beliau bertukar ke SMK Kangkar Pulai.  Jawatan ini  seterusnya dipangku oleh En. Che Mustapa Che Ismail dari Jun 2002 hingga Jun 2003.  Seterusnya En. Lee Hock  Lai menjadi Pengetua mulai 16 hb Jun 2003 hingga 31 Oktober 2006.  Mulai 1 November 2006, jawatan Pengetua  disandang oleh Pn Hjh. Zubaidah Bt. Endot sehingga sekarang.