Bulan kemerdekaan yang dilancarkan pada 22/08/2011 yang lalu dengan rasminya ditutup pada 19/09/2011 dalam majlis yang sederhana tetapi meriah,  Majlis Perasmian Penutupan Penhayatan Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Kulai Besar 2011. Sepanjang bulan sambutan, warna jalur gemilang terus menghiasi kelas dan lanskap sekolah dan majlis ini menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri setiap warga SMK Kulai Besar.

 

 

Majlis bermula lebih kurang jam 7:30 pagi (waktu perhimpunan rasmi) telah dirasmikan oleh Pn. Tan Moi Yan iaitu pengetua SMK Kulai Besar dan tamat pada pukul 8.30 pagi. Pelbagai aktiviti menarik telah dipersembahkan semasa sambutan ini.

 

Pelajar-pelajar pelbagai kaum berkumpul di tapak perhimpunan.

 

Laungan merdeka sebanyak tujuh kali diketuai oleh En. Masaud Baharom PK HEM SMK Kulai Besar.

 

Antara guru-guru yang menyertai sambutan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Barisan pentabir sekolah yang diketuai oleh Pn. Tan Moi Yan.