Program Mastery Learning dan Satu Impian kembali lagi ! Kedua-dua program ini akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam memenuhi hasrat Gagasan PPD Kulaijaya Gemilang. Program ini akan mula dilaksanakan sebagai program utama dalam mempersiapkan murid sebelum menduduki peperiksaan PMR dan SPM 2013 sejurus selepas peperiksaan percubaan PMR dan SPM selesai.

Berbeza dengan tahun lalu yang sekadar melibatkan bebarapa mata pelajaran tertentu sahaja, pelaksanaan pada tahun ini melibatkan semua mata pelajaran sama ada pada peringkat PMR dan SPM.

Sehubungan itu semua GKMP diminta memantau setiap panitia agar membuat persiapan bahan pengajaran yang sewajarnya. Borang-borang yang akan digunakan bagi tujuan pelaporan telah diperbanyakkan dan diletakkan dibilik Penolong Kanan Pentadbiran. Walau bagaimanapun guru-guru boleh merujuk dokumen-dokumen berikut sebagai panduan dalam melaksanakan kedua-dua program ini.