1. OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan proses pengendalian mesyuarat yang teratur mengikut agenda yang ditetapkan dengan mematuhi Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.

2. SKOP

Prosedur ini digunapakai oleh semua sekolah menengah di negeri Johor dalam mengendalikan mesyuarat di mana kehadiran ahli mesyuarat tidak kurang 2/3 dan ketidakhadiran adalah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

3. RUJUKAN

3.1 Manual Kualiti
3.2 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 2 Tahun 1991.

4. DEFINISI

Sila rujuk Definisi Singkatan Perkataan (Manual SPSK)
Pengerusi Mesyuarat : Pegawai yang dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan mesyuarat.
Setiausaha : Guru yang mengurus hal ehwal mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat.
Pencatat Minit : Guru yang mencatat minit mesyuarat.