PK 10 - PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF

1. OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan semua guru di sekolah-sekolah negeri Johor mendapat latihan sekurang-kurangnya TUJUH (7) hari dalam satu tahun, sebagaimana Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam ATAU pembacaan 7 buah buku ilmiah oleh setiap orang guru menggantikan 7 hari berkursus berdasarkan surat siaran KP(PP)0022/252(8) bertarikh 22 Mac 2010.

2. SKOP

Prosedur ini digunakan oleh Pentadbir Sekolah dalam mengenal pasti, merancang, dan melaksanakan latihan yang diperlukan mengikut kompetensi guru.

3. RUJUKAN

3.1. Manual Kualiti
3.2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005 Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam
3.3. Garis Panduan Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Sebagai Tambahan Bagi Melengkapkan Kursus LDP Secara School Based di Sekolah bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (GPPKLSPB)
3.4. Surat Siaran Ruj: KP(PP)0022/252(8)

4. DEFINISI

Sila rujuk Definisi Singkatan Perkataan (Manual SPSK)
4.1. Perkembangan Staf : Sebarang latihan yang diberikan kepada guru bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta pembentukan sikap.

4.2. Latihan Dalaman : Sebarang latihan yang dikendalikan oleh pihak sekolah

4.3. Latihan Luaran/ Agensi Luar : Sebarang latihan yang dikendalikan oleh agensi luar daripada pihak sekolah

4.4. Kajian Keperluan Latihan : Kajian keperluan latihan dijalankan bagi mengenal pasti jenis latihan yang diperlukan oleh guru-guru. Kajian keperluan latihan perlu dilaksanakan dua tahun sekali.

4.5 Kompetensi : Pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab.

4.6 Kursus Jangka Panjang : Kursus sepenuh masa yang tempohnya melebehi 12 bulan termasuk hari kelepasan am dan cuti akademik.

4.7 Kursus Jangka Pendek : Kursus sepenuh masa termasuklah lawatan sambil belajar, seminar atau bengkel yang tempohnya tidak melebihi tiga  bulan.

4.8 Kursus Jangka Sederhana : Kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi tiga bulan tetapi tidak melebihi 12 bulan

Contact HUBUNGI KAMI

SMK Kulai Besar
Batu 19, Jalan Ayer Hitam,
81000 Kulaijaya,
Johor, Malaysia.

Tel   : 07-663 6700
Faks : 07-662 3210

E-Mel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bilangan Pelawat

475861
TodayToday345
YesterdayYesterday334
This_WeekThis_Week1358
This_MonthThis_Month10852
All_DaysAll_Days475861
Highest 10-15-2014 : 739

ContactSTATISTIK 2014

Tingkatan
    Lelaki    
Perempuan
 Pend. Khas 19 8
 Peralihan 33 19
 Tingkatan 1 199 187
 Tingkatan 2 217 198
 Tingkatan 3 198 206
 Tingkatan 4 235 196
 Tingkatan 5 197 182
 Jumlah 1,115 987
 Jumlah Murid   2,094
 Data dikemaskini pada 21 Februari 2014