Salam BESARIANS!

Harap maklum bahawa bermula tahun ini, LNPT akan dilaksanakan secara atas talian.

Sehubungan itu, setiap guru perlu mempunyai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) untuk melengkapkan pengisian LNPT atas talian ini. Bagi tujuan pengisian SKT dan LNPT secara atas talian, rakan-rakan guru boleh muat turun contoh SKT seperti dilampirkan dan mengubahsuai mengikut kesesuaian masing-masing.

Bengkel pengisian SKT atas talian akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh : 26 Ogos 2015 (Rabu)

Masa : 11 pagi / 1.30 tengah hari

Tempat : Makmal Komputer 1

Kehadiran : Semua guru sesi pagi dan petang

 

Sebelum menghadiri bengkel tersebut, sila pastikan:

i) anda ingat password HRMIS online (jika tak ingat sila dapatkan dari Puan Habibah)

ii) anda telah melengkapkan SKT masing-masing

iii) bawa laptop masing-masing.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila rujuk Puan Noraini Mohd Nor atau Puan Norazzah Misban.

Terima kasih.