All for Joomla All for Webmasters
logo201

PERUTUSAN PENGETUA SMK KULAI BESAR

 

Assalamualaikum wbt, Selamat Sejahtera dan Salam Muafakat Besarians.

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah untuk sidang 2017. Setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua guru yang telah berjaya melaksanakan tugasan sepanjang tahun 2015. Tahun 2016 telah berlalu dan banyak yang terkesan didalam sanubari untuk kita muhasabah diri. Segala yang terintang dalam fenomena banjir dan jerebu serta sistem pengurusan online mengajar kita untuk tidak bertangguh masa dan proaktif dalam setiap tugasan yang diamanahkan. Tahun 2017 merupakan gelombang ke dua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Ia menjurus kepada memacu peningkatan sistem. Masa depan dan ketekalan guru sebagai penjawat awam berkait rapat dengan integriti dan kompetensi. Komitmen dan ketrampilan mesti berwajah pendidik yang berdedikasi.

Para guru perlu melengkapkan ilmu dan kemahiran untuk mewujudkan suasana pembelajaran abad ake 21. SMK.Kulai Besar sebagai sekolah rintis I-Think dan menjadi penanda aras pelaksanaan pada tahun 2017. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) hendaklah diimplimentasikan dalam aktiviti pembelajaran. KPI Frog Vle sekolah akan ditingkatkan melalui PdP dan segala dokumen atau bahan siaran akan dimuat naik ke dalam Frog Vle dan portal sekolah. Penglibatan murid dalam aktiviti Kokurikulum juga diberikan wajaran yang sama penting seiring dengan kurikulum dan Insaniah. Kemenjadian insaniah murid hendaklah difokuskan agar slogan KPM iaitu Membina Ilmu dan Menyempurnakan Akhlak menjadi realiti.

Memimpin dan dipimpin merupakan fitrah organisasi. Ini bermakna semua warga besarians berada pada halatuju yang sama iaitu setiap individu sentiasa memberi manfaaat kepada yang lain. Saling melengkapi dan menyokong antara satu sama serta berakhir dengan kepuasan bekerja. Kerja sebagai ibadah atau ladang amal akan terus memotivasikan diri sendiri untuk bekerja dengan ikhlas dan jujur akan mendorong memudahkan urusan orang lain. Memahami bidang tugas dan peranan yang diamanahkan memerlukan kolaborasi agar setiap orang dapat mengambil tanggungjawab bersama.

Pengurusan sekolah pada Tahun 2017 akan berusaha untuk mendepani cabaran mendatang bersama isu-isu semasa. Isu kehadiran masih menjadi fokus perancangan strategik JPN,PPD dan sekolah. Pencapaian Akademik masih ditahap sederhana .Kemenjadian Kokurikulum perlu diperluaskan agar setiap murid dapat menyertai pertandingan sehingga keperingkat yang lebih tinggi. Oleh itu amalan headcount perlu diperluaskan supaya setiap program bermula dengan data asas yang kukuh dan mendalam merujuk kepada punca masalah. Pelan Taktikal dan Pengurusan Organisasi (PTPO) hendaklah dirujuk supaya selari dengan perancangan strategik sekolah. Hubungan komuniti juga menjadi sebahagian agenda kecemerlangan sekolah melalui aktiviti sarana sekolah serta Pelibatan Ibubapa dan Komuniti(PIBK). Pengurusan kewangan defisit tahun 2016 akan memastikan hanya program yang penting dan mempunyai impak menjadi pilihan.

Akhirnya,kita berdoa agar segala perancangan yang dinukilkan dapat dilaksanakan dengan jayanya sepanjang tahun 2017.

Sekian terima kasih.

 

TUMIN BIN YATMAN

Pengetua SMK.Kulai Besar

 

SLIDE PERSEMBAHAN PENGETUA CEMERLANG

Cetak Emel

 

HUBUNGI KAMI

SMK Kulai Besar
Batu 19, Jalan Ayer Hitam,
81000 Kulaijaya,
Johor, Malaysia.

Tel   : 07-663 6700
Faks : 07-662 3210

E-Mel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bilangan Pelawat

1209024
Hari IniHari Ini52
SemalamSemalam649
Minggu IniMinggu Ini1160
Bulan IniBulan Ini17346
SemuaSemua1209024
Highest 11-22-2016 : 1172

Related imageImage result for statistic

 enrolmen murid 2017

Tingkatan      Lelaki      Perempuan  Jumlah 
 Pend. Khas 24 14 38
 Peralihan 29 15 44
 Ting. 1 156 157 313
 Ting. 2 313 131 286
 Ting. 3 134 131 265
 Ting. 4 183 169 352
 Ting. 5 183 193 376
 Jumlah 864 810 1674
 Data dikemaskini pada 1 MEI 2017

Facebook@SMKKB