All for Joomla All for Webmasters
logo201

PENGASAS SEKOLAH

Tuan Haji Musa B. Haron boleh dianggap sebagai pengasas sebenar Sek. Men. Keb. Kulai Besar (SMKKB), rnernandangkan beliau merupakan Pengetua yang pertama dan terulung semenjak SMKKB ditubuhkan pada 1988. Beliau mula berkhidmat di SMKKB selaku Pernangku Pengetua selama lebih 6 bulan seterusnya dilantik menjadi Pengetua SMKKB pada tahun 1988. Dalam jangkamasa tempoh perkhidmatan beliau dari 1988 hingga 1992, beliau telah rnenyaksikan pelbagai kelemahan, kekurangan, kejayaan mahupunkemajuan yang dicapai oleh sekolah ini.

 

Tuan Haji Musa B Haron dilahirkan pada lhb. Febuari 1944 dan berasal dari Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Pintas Puding, Batu Pahat dan kernudian rneneruskan pelajaran menengah di Sek. Tinggi Batu Pahat. Selepas tamat persekolahan beliau pernah menjawat jawatan sebagai guru sandaran di Sek. Keb. Setia Jaya, Batu Pahat. Beliau kemudian menyambung pengajiannya di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak hingga 1966. Pada lhb. Januari 1967, beliau memulakan perkhidmatan sebagai pendidik di Sek. Keb. Teluk Sengat, Kota Tinggi. Pada l5hb. Januari 1969 beliau bertugas di Sek. Keb. Felda Bukit Besar.

 

Beliau mernpunyai pengalaman mengajar di beberapa buah sekolah antaranya; pada 1hb. Januari 1970 beliau ditempatkan berkhidmat di Sek. Sultan Alauddin, Bukitt Besar, Kulai selama 5 tahun. Pada Januari 1984, beliau ditukarkan ke Sek. Men. Kelapa Sawit. Dua tahun kemudian menjadi Penyelia dan seterusnya menyandang jawatan sebagai Penolong Kanan Sek. Men. Kelapa Sawit. Pada tahun 1988 dilantik sebagai Pernangku Pengetua di Sek. Men. Keb. Kulai Besar selama 6 bulan dan seterusnya rnenjadi Pengetua di sekolah yang sama pada 1988 sehingga 1992. Beliau kemudiannya bertukar ke Sek. Sinar Bahagia sebagai Guru Besar. Selepas itu ditukarkan pula ke Jabatan Pendidikan Negeri bagi menjawat jawatan sebagai Penyelia Kanan Sekolah Menengah selama 6 tahun sehingga beliau bersara.

 

Tuan Hj. Musa b. Haron juga pernah dilantik sebagai Ketua Bidang Bahasa Peringkat Negeri dan pernah di pertanggungjawabkan menganjurkan Kursus KBSM peringkat daerah di SMKKB. Di samping itu beliau juga memegang jawatan sebagai Setiausaha Pengakap Peringkat Daerah dari 1989 hingga 1995 dan setiausaha PKPSM daerah Kulai. Sepanjang perkhidmatannya, sumbangan beliau di SMKKB amatlah banyak. Beliau berkhidmat di SMKKB ketika sekolah berkenaan berada di tahap gred C, dimana pada permulaannya SMKKB hanya mempunyai 3 blok bangunan asas, 16 orang guru dan 3 orang kakitangan dan pelajamya seramai 360 orang. Namun jumJah kemasukan pelajar terus meningkat mencapai 1000 orang pada tahun kedua.

 

Beliau amat menitik beratkan tentang keindahan dan keceriaan sekolah. Untuk mencapai matlamat itu beliau sendiri menguasahakan penanaman pokok bunga bagi mengindahkan suasana fizikal lanskap sekolah. Di samping itu menguruskan permohonan bangunan tambahan blok D bagi menampung kekurangan bilik darjah. Dibidang kurikulum beliau berjaya menganjurkan Pesta Kurikulum pada tahun 1990 dan mengadakan Pameran Kurikulum. Beliau sentiasamemastikanprestasipencapaianakademiksekolah meningkat. Di bidang ko-Kurikulum, beliau menjadikan seolah-olah SMKKB sekolah yang pertama menganjurkan pertandingan bola jaring serentak bagi kumpulan peringkat di bawah umur 12, 15 dan 18 tahun.

 

SMKKB juga terpilih menjadi tuan rumah bagi semua pertandingan PSKPP peringkat daerah. Beliau sentiasa menjalinkan hubungan rapat di antara pihak sekolah dengan pihak luar umpamanya dengan para Ibu Bapa pelajar, Polis, Majlis Daerah Kulai bagi mendapatkan kerjasama demi menjaga keamanan dan keselamatan sekolah. Perawakan beliau yang lembut, mudah mesra, sedia bekerjasama, perihatin dan amat mengambil berat menyebabkan beliau seorang yang disanjungi dan amat disenangi.

 

HUBUNGI KAMI

SMK Kulai Besar
Batu 19, Jalan Ayer Hitam,
81000 Kulaijaya,
Johor, Malaysia.

Tel   : 07-663 6700
Faks : 07-662 3210

E-Mel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bilangan Pelawat

1145300
Hari IniHari Ini393
SemalamSemalam602
Minggu IniMinggu Ini1802
Bulan IniBulan Ini24049
SemuaSemua1145300
Highest 11-22-2016 : 1172

Related imageImage result for statistic

 enrolmen murid 2017

Tingkatan      Lelaki      Perempuan  Jumlah 
 Pend. Khas 24 14 38
 Peralihan 29 15 44
 Ting. 1 156 157 313
 Ting. 2 313 131 286
 Ting. 3 134 131 265
 Ting. 4 183 169 352
 Ting. 5 183 193 376
 Jumlah 864 810 1674
 Data dikemaskini pada 1 MEI 2017

Facebook@SMKKB