All for Joomla All for Webmasters
logo2014

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 di atas sebidang tanah seluas 25 ekar. Ianya terdiri daripada tiga blok, bangunan tiga tingkat, sebuah kantin dan bengkel. Pada peringkat awalnya sekolah ini adalah cawangan daripada Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Kulai kira-kira empat kilometer dari sekolah ini. Ketika ini pengetua sekolah ialah En. Chandrasegaran.

Pada 1hb. Januari 1988, sekolah ini di tadbirkan sendiri. Pengetua yang pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Musa B. Haron, mulai 1hb. Januari 1988 hingga 15hb. April 1992. Sekolah ini mula mengambil pelajar pada 3hb. Januari 1988 yang terdiri daripada 16 guru dan 365 murid yang menduduki tingkatan peralihan dan satu di sidang pagi sahaja. Memandangkan kekurangan bilik darjah, pada tahun 1990, sekolah ini memulakan sidang petang.Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran yang pertama kalinya diadakan pada tahun 1990.

Pelajar-pelajar yang lulus Sijil Rendah Pelajaran telah ditempatkan di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman Putra, Kulai. Mulai 1993, sekolah ini memulakan kelas Tingkatan Empat Sains dan Sastera. Pada tahun 1993, sekolah ini mendapat sebuah bangunan tambahan tiga tingkat yang terdiri daripada 12 bilik darjah dan 3 makmal sains. Pengetua yang kedua sekolah ini ialah En. Suratman B. Dasim mulai 15hb. Julai 1992 hingga 15hb. Ogos 1993 dan Pengetua yang ketiga ialah En. Salamon B Sarip mulai 16 hb. Ogos 1993 hingga Januari 1998.

Pengetua yang keempat ialah Pn. Melina Wong Bt Abdullah. Beliau memulakan tugas mu1ai 1hb. Mac 1998 hingga 14 hb Februari 2001. Pengetua kelima adalah En. Siow Yee Woo mulai 1 hb April 2001 hingga 30 hb November 2001. Bermula dari 1 hb. Disember 2001 hingga Jun 2002, tugas Pengetua dipangku oleh En. Ahmad Fauzi Mohd Sumali, Penolong Kanan sekolah sebelum beliau bertukar ke SMK Kangkar Pulai. Jawatan ini seterusnya dipangku oleh En. Che Mustapa Che Ismail dari Jun 2002 hingga Jun 2003. Seterusnya En. Lee Hock Lai menjadi Pengetua mulai 16 hb Jun 2003 hingga 31 Oktober 2006.

Mulai 1 November 2006, jawatan Pengetua disandang oleh Pn Hjh. Zubaidah Bt. Endot sehingga sekarang. Sepanjang tempoh terbinanya sekolah ini, satu peristiwa kebakaran telah berlaku pada 27 Jun 1999 yang melibatkan blok A sekolah serta beberapa bahagian dari blok-blok yang lain, yang telah dilakukan oleh murid. Kesan dari peristiwa ini memberikan persepsi yang kurang baik masyarakat terhadap sekolah sehingga kehari ini.

Pada 3 Januari 2004, sebuah sekolah baru telah ditubuhkan dengan menumpang sementara disekolah ini sehinggalah bulan Ogos 2004 sebelum berpindah ke bangunan sendiri di Indahpura. Bilangan murid di SMKKB berkurangan menjadi di sekitar 800 orang sahaja. Ini disebabkan murid-murid yang tinggal dialamat Saleng dan Indahpura ditempatkan di SMK Indahpura. Pada masa ini murid-murid yang ditempatkan di SMKKB adalah murid-murid yang tinggal di Bandar Putra, Ladang Swee Lam, Kg. Pertanian, Kg. Separa, Ladang Kulai Besar, Taman Makmur dan Kulai Besar.

 

HUBUNGI KAMI

SMK Kulai Besar
Batu 19, Jalan Ayer Hitam,
81000 Kulaijaya,
Johor, Malaysia.

Tel   : 07-663 6700
Faks : 07-662 3210

E-Mel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bilangan Pelawat

1243312
Hari IniHari Ini921
SemalamSemalam1059
Minggu IniMinggu Ini2941
Bulan IniBulan Ini16415
SemuaSemua1243312
Highest 11-22-2016 : 1172

Related imageImage result for statistic

 enrolmen murid 2017

Tingkatan      Lelaki      Perempuan  Jumlah 
 Pend. Khas 20 15 35
 Peralihan 30 15 45
 Ting. 1 156 155 311
 Ting. 2 150 128 278
 Ting. 3 132 127 259
 Ting. 4 174 165 339
 Ting. 5 177 191 368
 Jumlah 839 796 1635
 Data dikemaskini pada 20 NOVEMBER 2017

Facebook@SMKKB