All for Joomla All for Webmasters
logo2018

TEMPAT KE-4 NATIONAL ACADEMIC DECATHLON 2015

Tarikh : 1 - 2 Mei 2015

Tempat : UTM Skudai

SMK Kulai Besar telah menghantar satu pasukan untuk menyertai pertandingan ini. Ahli pasukan terdiri daripada Rohan Kumar a/l Manohar Lal (5SN3), Tharushi Wannya Rao (5SN1) dan Jashvinder Singh Mann (4SN1) telah mewakili sekolah dan berjaya mendapat tempat ke 4 daripada 44 buah sekolah yang mengambil bahagian dalam Kategori Senior. Mereka mendapat tempat kedua dalam perbahasan dan tempat ke 4 dalam brain challenge. Semua pertandingan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, SMK Kulai Besar telah melayakkan diri ke peringkat kebangsaan (National Challenge) mewakili Zon Selatan yang akan diadakan di Cyberjaya pada 9 - 13 Mei 2015. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada guru penasihat Pn Saripah Faridah Saiyed Mohd dan murid kita Syireen Maimuna yang banyak membantu jawatan kuasa pertandingan ini. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka di peringkat kebangsaan nanti dan mengharumkan nama SMK Kulai Besar. BESARIANS boleh!!

!

Print

JOHAN PERTANDINGAN PRAMUSAJI PERINGKAT NEGERI

Pada 17 September 2015,telah diadakan karnival kemahiran pendidikan khas peringkat negeri johor bertempat di Suria College Johor Bahru.Dalam pertandingan tersebut,Mohd Faiz bin Ibrahim dan M.Shahril Aikal bin Rosli berjaya menjadi JOHAN kategori pramusaji dalam pertandingan tersebut..Tahniah dan syabas diucapkan.

Print

NAIB JOHAN ACARA POOMSAE TAEKWANDO

 

Pada 9 hingga 11 oktober 2015,telah diadakan Pertandingan Taekwando Remaja 15-17 tahun Peringkat Kebangsaan Acara Poomsae di Stadium Badminton Cheras,Kuala Lumpur.Salah seorang pelajar SMKKB iaitu Clara Tang Xin Yu telah memenangi Tempat Kedua kategori individu perempuan dan Tempat Kedua kategori berpasangan..Tahniah dan Syabas diucapkan kepada beliau.

 

 

 

 

 

 

Print

Online

We have 134 guests and no members online

Visitors Counter

01374138
TodayToday204
YesterdayYesterday326
This_WeekThis_Week1095
This_MonthThis_Month3871
All_DaysAll_Days1374138
Highest 03-28-2018 : 1882

User

  • admin