All for Joomla All for Webmasters
logo2018
  • DEEPAVALI.jpg
  • spmweb.jpg
  • Home

HARI PENYERAHAN KOMPUTER 1 MALAYSIA

Terima Kasih kepada Kerajaan Malaysia yang telah menyumbangkan Netbook kepada sebahagian pelajar SMK Kulai Besar. Diharap pelajar yang mendapat bantuan ini menggunakan kemudahan tersebut sebaik mungkin serta menghargai sumbangan ini. Terima kasih Malaysia!

 

Print

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN

Kemeriahan larian 1 Murid, 1 Sukan 1 Malaysia yang dilangsungkan secara serentak di seluruh negara pada 02 Julai 2011 yang baru lalu. Larian tidak harus dilihat dari sudut makna sukan semata-mata. Apatah lagi penganjurannya yang mencatat rekod baru di Malaysia sebagai larian serentak paling ramai dalam satu masa itu,tahniah warga SMKKB!

Print

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada hari Jumaat lepas iaitu mulai 15hb - 17hb Julai 2011 SMK Kulai besar mengadakan perkhemahan UBU bertempat di Padang SMK Kulai Besar. Tahniah kepada UBU Kadet Remaja Sekolah yang telah menjadi JOHAN perkhemahan tersebut. KRS telah mengalahkan UBU lain seperti PBSM, Kadet Polis, Kadet Bomba, BSMM, PAndu Puteri dan Puteri Islam.

Print

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN 2011

Bulan kemerdekaan yang dilancarkan pada 22/08/2011 yang lalu dengan rasminya ditutup pada 19/09/2011 dalam majlis yang sederhana tetapi meriah,  Majlis Perasmian Penutupan Penhayatan Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Kulai Besar 2011. Sepanjang bulan sambutan, warna jalur gemilang terus menghiasi kelas dan lanskap sekolah dan majlis ini menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri setiap warga SMK Kulai Besar.

 

 

Majlis bermula lebih kurang jam 7:30 pagi (waktu perhimpunan rasmi) telah dirasmikan oleh Pn. Tan Moi Yan iaitu pengetua SMK Kulai Besar dan tamat pada pukul 8.30 pagi. Pelbagai aktiviti menarik telah dipersembahkan semasa sambutan ini.

 

Pelajar-pelajar pelbagai kaum berkumpul di tapak perhimpunan.

 

Laungan merdeka sebanyak tujuh kali diketuai oleh En. Masaud Baharom PK HEM SMK Kulai Besar.

 

Antara guru-guru yang menyertai sambutan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Barisan pentabir sekolah yang diketuai oleh Pn. Tan Moi Yan.

Print

MAJLIS MOHON RESTU PMR 2011

Program doa restu PMR 2011 telah diadakan pada 30 September 2011. Majlis ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan selesai pada pukul 9.30 pagi dengan jayanya. Majlis ini turut  dihadiri oleh En. Samsul Kamal bin Mat Nasir selaku YDP PIBG SMK Kulai Besar.

Program MOHON RESTU PMR 2011 dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid tentang pentingnya Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Implikasinya dalam menentukan hajatuju masa hadapan mereka . Program ini juga dilaksanakan sebagai satu strategi dalam usaha memotivasikan murid agar mereka dapat menghadapi peperiksaan dengan kesedaran bahawa mereka tidak bersendirian. Sebaliknya banyak harapan disandarkan kepada mereka disamping keperihatinan pihak sekolah dan para pendidik terhadap kejayaan mereka dalam peperiksaan yang diharungi.

 

 

Aluan Pengerusi Majlis

 

Bacaan doa oleh wakil pelajar.

 

Ucapan oleh YDP PIBG, En. Syamsul Kamal bin Mat Nasir.

 

Amanat Pengetua SMK Kulai Besar, Pn Tan Moi Yan.

 

Ikrar Pelajar

 

Sesi bersalaman dan Pemberian cendera mata.

 

Lagi foto-foto menarik di laman Facebook SMK Kulai Besar.

Print

Online

We have 32 guests and no members online

Visitors Counter

01375226
TodayToday341
YesterdayYesterday320
This_WeekThis_Week2183
This_MonthThis_Month4959
All_DaysAll_Days1375226
Highest 03-28-2018 : 1882

User

  • admin