Error
  • The template for this display is not available. Please contact a Site administrator.

SAMBUTAN HARI GURU SMK KULAI BESAR TAHUN 2016

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Hari guru ialah hari untuk kita menzahirkan apresiasi atas sumbangan tulus murni dan khidmat bakti yang dicurahkan oleh para pendidik kepada masyarakat seluruh negara. Hari guru telah disambut di seluruh dunia semenjak abad ke-20 lagi, namun tarikh sambutan di setiap negara adalah berbeza. Kita di Malaysia menyambut hari guru dengan begitu meriah pada 16 Mei setiap tahun sehingga pemimpin kerajaan menjadikannya sebagai acara rasmi pada peringkat nasional. 

{gallery}HARUGURU2016{/gallery}

LATIHAN KEBAKARAN BESRSAMA PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT

Fire Drill atau Latihan Kebakaran adalah antara langkah persediaan yang penting untuk mempersiapkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah apabila menghadapi keadaan sebenar semasa kebakaran. Jawatankuasa Keselamatan, Kecerian, Kebersihan dan Kesihatan Sekolah yang mendapat kerjasama penuh Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Kulai telah berjaya mengadakan satu latihan kebakaran pada 4 MEI 2015. Jawatankuasa 3K dibawah penyelarasnya, En. Razak telah menggariskan beberapa objektif untuk latihan seumpama ini seperti:

  • Pelajar/Guru/Kakitangan dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran
  • Pelajar/Guru/Kakitangan dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.
  • Pelajar/Guru/Kakitangan dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran

Latihan Kebakaran yang dirancang pada jam 9.05 pagi telah dimulakan dengan pihak sekolah membunyikan siren tepat jam 9:05 pagi dikuti dengan semua murid keluar dari kelas dan beratur di tepi kelas dan terus berjalan menuju ke tempat berhimpun di padang ketika berlaku kebakaran.

{gallery}BOMBA2016{/gallery}

PELANCARAN HUB VLE DAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK VLE DALAM PDP DI SMK KULAI BESAR

 

Pelancaran Hub VLE Frog Peringkat Daerah Kulai telah diadakan di Makmal Komputer, SMK Kulai Besar pada 4 Mei 2016 dari 2.00-4.00 petang yang dirasmikan oleh En. Hairul Fitri bin Jaafar, Pegawai Teknolgi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Antara objektif Pelancaran Hub VLE Frog adalah pelaksanaan Frog VLE secara berpusat di SMK Kulai Besar yang dipilih oleh BTPN Johor dan Frog Asia sebagai Hub bagi sekolah-sekolah di Daerah Kulai.

Selain daripada itu, Bengkel VLE telah diadakan di Makmal Komputer SMK Kulai Besar oleh En. Muiz Mohd Nor wakil dari Frog Asia Wilayah Johor, selepas pelancaran itu di laksanakan. Antara pengisian bengkel tersebut adalah cara membuat "site" dan "share" laman pembelajaran kepada pelajar. Diharap dengan pelancaran ini dapat memberikan motivasi kepada guru untuk melaksanakan cara pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

 

{gallery}frog2016{/gallery}